Salam Ramadhan Mubarak semua~ C:
Akhirnya, dapat jugak aku balik untuk update blog aku ni. Macam yang aku katakan sebelum ni, minggu lepas aku ke Putrajaya untuk latihan koir sempena pembukaan sambutan Hari Kemerdekaan. Pada mulanya, kami diberitahu kami akan membuat formasi huruf seperti tahun lepas. Tapi, memandangkan sambutan diadakan secara sederhana pada tahun ni (gara-gara H1N1), alik-alik, kami cuma menjadi penyambut tetamu, kibar-kibar bendera di tepi jalan, berdekatan dengan entrance ke parlimen. Ceh. :/
Tapi, apa pun, kami tetap seronok berada di sana.
28 Ogos - Pukul 10 pagi, semua freshie IPBA mula berkumpul di hadapan bas. Bila semua dah berkumpul, barulah kami akan menaiki bas ke Presint 18, Putrajaya; mengikut kelas masing-masing (1 bas = 2 kelas). Waktu kami dah sampai tu, barulah kami sibuk naik turun ke blok kediaman (apartmen kosong) untuk mengambil tilam, bantal, selimut, sarung bantal, beg, baju dan lain-lain -- sudahlah puasa. =3= Kami, kesemua 10 ahli kelas Math (perempuan) duduk dalam bilik yang sama: tingkat 8! Nasib baik ada lif. Tapi, ada 2 hari tu, kami terpaksa naik tangga sebab menunggu lif amat menyeksakan. DX Tahan lif dari tingkat 2, lif tu turun sehingga tingkat 1 dan P2, ambil pelajar dari situ, dan bila sampai di tingkat 2, lif dah penuh. Begitu juga kalau kami tahan lif dari tingkat 1 atau P2. Lif berhenti di tingkat 2, ambil student, lif penuh, kemudian terus naik ke atas. Memang menyakitkan hati. =.='
Sepanjang berada di sana, makanan untuk bersahur dan berbuka disediakan. Kami malas nak turun bersahur. Sebabnya, kami perlu turun ke dewan makan (yang sebenarnya kawasan tempat meletak kereta) pada pukul 3 pagi! Maklumlah, kena beri makan kepada 3000 lebih pelajar... Jadi, kami cuma membeli roti di koperasi yang disediakan. Waktu berbuka, pihak urus setia sediakan nasi dengan lauk yang berbeza setiap hari. Sedap~ :9 Kuih pun ada!
( bangunan blok kediaman kami )
( waktu menunggu untuk briefing malam )
( apabila kesemua berkumpul.. )
Waktu latihan kami bermula pada waktu pagi. Pada hari pertama latihan, kami perlu berkumpul di hadapan bas pada pukul 5 pagi, keesokannya pula pada pukul 7 pagi. Seperti yang aku katakan sebelum ni, latihan tak lama pun. Pukul 9.30 tak pun pukul 10 kami dah mula bergerak pulang ke Presint 18. Pada latihan hari pertama (Sabtu; 29hb), kami berlatih di Parlimen; hari kedua pula cuma berlatih di Putrajaya, berdekatan dengan kawasan kediaman sementara kami.
Pada 31 Ogos tu, sebaik saja selesai solat Subuh, kami perlu bergegas ke bawah dan naik bas untuk ke parlimen.
( kesemua berkumpul di sisi jalan raya, berhadapan pintu masuk ke parlimen )

( Setiap kali VIP -- termasuk menteri-menteri dan YDP Agong; lalu, kami perlu mengibarkan bendera dan pom-pom masing-masing. )
( ..yang paling menarik perhatian aku sepanjang berada di sana. Bersungguh-sungguh betul dia bermain pom-pom... 8D;; )
Sebaik saja acara sambutan kemerdekaan tamat kira-kira hampir pukul 10 pagi, kami bergerak ke bas, dan bertolak kembali ke Presint 18. IPBA ingin bertolak pulang pada hari itu juga. Jadi, sebaik saja kami tiba di rumah, kami mengemas rumah, mengemas barang-barang dan beg masing-masing, seterusnya membawa turun tilam, bantal, sarung bantal dan selimut untuk dipulangkan kepada urus setia, kemudian terus berkumpul untuk pulang ke IPBA.
( menunggu.... )
...antara barang-barang yang kami dapat semasa berada di sana: baju -
shirt dengan baju batik (ditinggalkan di hostel), beg, 2 bendera,
tag, dan 2
cap (ditinggalkan di hostel).
Maafla, tak dapat nak tulis secara lebih
detail. Esok kena balik hostel, sepanjang hari ni aku
edit dan
upload gambar. Di samping tu, aku pun kena menyiapkan assignment, tolong mak aku buat tempahan kuih raya... Oh, ya! Bulan depan pula, kami pun kena menyertai acara pembukaan pada hari sukan IPG di Bukit Jalil~~!!! @A@;;
*Terima kasih kepada Pa'in, Nik, dan Ima kerana sudi berkongsi gambar-gambar di atas~! 8D